About Me

Saya bukan pelabur. Bukan pemilik dana pelaburan. Bukan pensyarah subjek pelaburan. Saya bukan sesiapa dalam lapangan pelaburan.

Tapi, saya ada IMPIAN dalam dunia pelaburan.  

Saya ingin menjadi Pelabur Bijak yang menggunakan sebahagian daripada wang saya untuk dilaburkan kepada pihak pengusaha modal bagi menggerakkan aktiviti ekonomi masyarakat.

Saya mahu pulangan daripada pelaburan boleh menjadi pendapatan tetap yang cukup untuk menampung keperluan serta kehendak hidup saya dan keluarga hingga akhir hayat. Malah, sebahagian daripadanya boleh membantu orang lain.  

Hari ini saya tidak mempunyai duit untuk melabur dan saya bukanlah pengusaha modal.

Namun, saya mula menulis blog mengenai ilmu-ilmu pelaburan pada hari ini sebagai asas ilmu untuk dipraktikkan dan akhirnya saya boleh menjadi PELABUR BIJAK dan mencapai IMPIAN saya. 

Ayuh menjadi PELABUR BIJAK!

 

Owner Wisdom Investment Blog,

Mior Isfandy Mior Azizan

mod.wisdominvestment@gmail.com

019-776 2410

2 Responses to About Me

  1. Aliff Basri says:

    Assalamualaikum, Ustaz Mior..

    Apa khabar? Lama tidak ketemu. InsyaAllah, malam ini (18 Dis 2010) kita akan berjumpa di Pejabat Agung PAS untuk program AKP.

    Sebenarnya ana amat kagum dengan kesungguhan ustaz dalam usaha cuba memahami sistem ekonomi semasa yang sedang dipacu dengan semangat liberalis-kapitalis.

    Pada masa yang sama, sudah tentu akan cuba menilai ia dalam konteks Islam seterusnya apa tindakan yang wajar diambil jika Islam sebagai pemerintahnya.

    Di sini, ana ingin berkongsi serba sedikit pandangan berkenaan dengan sistem ekonomi semasa dan keperluan generasi kita untuk menilai secara kritis, seterusnya memberikan solusi yang wajar.

    Ana berasa teguh untuk mengatakan bahawa sistem ekonomi sekarang, dari sudut kewangannya bersifat ‘skim cepat kaya’ (ponzi scheme) kerana ia melibatkan faktor bertaruh dengan kuantiti yang kecil, untuk mendapatkan hasil yang berlipat kali ganda dengan cara melakukan ‘laverage’ dan terlibat dengan spekulasi-spekulasi, khususnya dalam permainan saham di Bursa Malaysia (Wall Street versi Malaysia).

    Ia bukan semata-mata tentang kewangan, tetapi ia juga memberikan kesan kepada semua sektor ekonomi seperti perdagangan dalam dan luar negara, kesejahteraan hidup insan, pendidikan, cara berfikir masyarakat dan juga merosakkan alam sekitar.

    Ringkasnya, kewujudan sistem ekonomi yang dipacu kewangannya oleh BNM dan BURSA Malaysia, memberi ‘destructive’ dan ‘chaos’ kepada setiap ahli masyarakat di Malaysia serta dunia, bahkan alam sekitar dan bumi adalah antara mangsanya.

    Agak sukar untuk ana terangkan secara tuntas melalui blog ustaz ini, tetapi ini adalah antara idea yang ingin ana kongsikan dengan harapan tindakan di bawah dapat dipertimbang dan diberi perhatian yang lebih utama daripada meng’iya’kan sistem sedia ada dengan cara ‘memasuk’kan prinsip2 Islam pada mana-mana bahagian yang sesuai dan membuang mana2 bahagian yang tidak sesuai. Ia berkenaan dengan sistem dan bukan semata2 elemen2 yang ada di dalam sistem.

    Di sini, mungkin ana boleh kongsikan pengalaman kecil ana berkenalan dengan beberapa idea sebagai kronologi bagaimana ia membawa ana memahaminya pada hari ini(tidak secara menyeluruh, tetapi secara ringkasnya, kerana ada faktor2 lain yang turut menyumbang, cuma tidak dapat dinyatakan di sini):

    Dengan izin Allah, ana berkenalan dan sedang sedaya-upaya memahami idea dan gagasan islamisasi Ilmu Pengetahuan Semasa yang cuba di -rebranding-kan oleh Prof Al-Attas sebagai penerus tradisi keilmuan islam zaman berzaman. Melaluinya, ana memahami (kata kunci)2 utama dalam Islam seperti ‘agama’, Tuhan, Insan, Kebahagiaan, Keadilan, Ilmu, Bahasa, Kebudayaan dan sebagainya.

    Melalui kefahaman kerangka tersebut, yang cuba beliau persembahkan dalam beberapa karya utama seperti Risalah Untuk kaum Muslimin, Islam and Secularism dan Prolegomena to The Metaphysics of Islam, beliau cuba membawa kembali sistem pendidikan dan tradisi keilmuan dalam Islam yang telah mengakar sejak zaman Rasulullah SAW sehingga ke zaman khilafah Uthmaniyyah, untuk diwujudkan semula pada hari ini, dalam konteks hari ini.

    Melalui anak-anak muridnya pula, seperti prof Wan Mohd Nor (karyanya Pembangunan di Malaysia: Ke arah satu kefahaman Yang Baru), Prof Wan menghuraikan beberapa persoalan asasi dan saranan2 penting untuk para pemimpin mengambil perhatian, khasnya dalam usaha membuat rancangan Malaysia, dasar2 kerajaan dan perkaitan Malaysia dengan dunia Islam seperti OIC. Melalui karyanya, salah satu pengajarannya ialah, kita perlu ada indikasi tersendiri dalam menilai sistem ekonomi dan ‘pembangunan negara kita yang sangat berbeza Pandangan Alamnya dengan dunia Barat.

    Melalui anak murid prof al-Attas yang lain seperti Dr. Adi Setia, pensyarah General Dept. UIA, saya didedahkan dengan keperluan untuk memberi solusi kepada ekonomi semasa dengan menggunakan pengalaman tamadun Islam terdahulu dengan cara mewujudkan komuniti sendiri kembangkan ia, berbanding dengan ‘meletak’kan duit di tempat yang kita tidak kenal orangnya (seperti di stock market dan unit trust). Ini diperkuatkan lagi dengan idea dan gagasan yang cuba ditawarkan oleh Prof Umar Vadillo untuk mengembalikan sistem Muamalah Islam yang hanya tinggal sejarah pada masa kini(sudah hilang identiti asal Muamalah islam). Untuk memahami idea asas beliau, boleh rujuk ‘The Return of Islamic Gold Dinar’.

    Secara teknikal, idea ini turut di dukungi oleh beberapa ahli ekonomi Muslim seperti Nik Mahani Mohamad(antara ‘committee steering’ dlm pembentukan BIMB pada 1983), boleh baca dua buku beliau terbitan Saba Islamic Media berjudul ‘Islamic banking and The Gold Dinar’ dan ‘Rethinking The Islamic Financial System’ dan juga Prof Dr. Ahmad Kameel Meera Mydin(boleh rujuk kompilasi artikel yang dibuat oleh beliau dalam ‘Real Money: Money and Payment System in islamic perspective’ terbitan IIUM Press dan ‘The Theft of Nation’ terbitan Pelanduk Publication.

    Turut diperkuatkan lagi dengan pengalaman-pengalaman komuniti Barat yang sedaya upaya keluar dari sistem ekonomi semasa dengan cara mewujudkan sistem sendiri dalam komuniti mereka, seperti yang berlaku di Massechusset dan California, mereka mempunyai matawang mereka tersendiri. Di US sendiri terdapat beberapa wilayah yang menggunakan matawang selain dari US dolar.

    Ana turut terkesan dengan idea bahkan pengalaman (kerana mereka mengaplikasikan ia) oleh natcap.org, livingeconomies.org dan lain2 badan komuniti masing2 di tempat masing2. Antara karya yang boleh dirujuk untuk memahaminya ialah A new Agenda for Economy oleh David C. Korten, The Ecology of Commerce dan Natural Capitalism oleh Paul Hawken.

    Sebagai tambahan, buku Ibrahim Abdul matin berjudul Green Deen, adalah karya yang boleh menjadi pelengkap dalam usaha kita memahami apa yang Islam ajar untuk menjaga(protect) Bumi.

    Idea2 bersifat praktikal mereka boleh dijadikan contoh dalam usaha membangunkan masyarakat agar tidak di’gula2’kan oleh kerajaan dan bahkan dapat menguatkan ekonomi sendiri tanpa bergantung harap sangat dengan dunia luar yang mereka sendiri tidak menentu.

    Ana tidak bermaksud langsung untuk menunjuk pandai dan ana memperakui baru membaca beberapa buah buku. Tetapi, ana ingin menarik perhatian Ustaz, jika kita mahu melakukan perubahan mendasar dalam ekonomi dan kesejahteraan ahli masyarakat Malaysia dan Muslim khususnya, karya2 yang ana sebutkan di atas di harapkan Ustaz dan sesiapa sahaja yang mempunyai misi yang sama dapat menelaah dan memahaminya. Jika ada keterbatasan masa dan tenaga, tiada salahnya jika buku2 tersebut dapat dibedah satu persatu agar isinya dapat dijadikan asas pertimbangan untuk maslahah ummah. Dan ana sudi untuk berkongsi mengenainya.

    Bukan apa, jauh di sudut hati, ana bimbang kita rugi kerana tidak melakukan sesuatu yang terbaik. Bukan kerana kita telah menilainya secara saksama, tetapi kerana kita masih belum terdedah mengenainya.

    Harapan ana juga, research centre yang bakal dibuka nanti, juga adalah menefestasi dan semangat untuk merealisasikan idea2 dari buku2 seperti yang ana sebutkan di atas.

    Karya2 di atas (bersangkut paut hal ekonomi dan kesejahteraan hidup insan) adalah karya kritis mereka terhadap ekonomi masa kini dan juga menyediakan solusi praktikal untuk diaplikasikan. Mereka telah membuktikan ia boleh dilakukan. Tinggal lagi untuk kita memahami idea mereka dan cuba aplikasikan ia di tempat kita berasaskan Pandangan Alam Islam (gagasan Islamisasi Ilmu Pengetahuan Semasa).

    Mohon maaf ustaz, kerana terpaksa mengheret ustaz untuk membaca nukilan panjang ini.

    Ana juga sedar, nukilan ini tidak mungkin dapat memberikan sepenuhnya kefahaman tentang saranan yang ana maksudkan. Apapun, ana berharap, selepas ini, kita dapat berdiskusi lanjut secara berterusan dan mungkin boleh bekerjasama dengan semangat mahukan kebenaran dan disulami ukhwah fillah.

    P/S: ana amat kurang dalam pengajian Islam secara intensif dalam Ilmu wahyu, fiqh, usul fiqh, dan bahasa arab. Ini kelemahan ana, ustaz. InsyaAllah, ana dalam proses untuk mempelajarinya dari para guru. Menurut prof al-Attas juga, ada 6 bidang ilmu yang boleh diklasifikaskikan sebagai ilmu fardhu ain iaitu, ulum alQuran, ulum alHadis, tasawuf(metafizik), ilmu kalam, Bahasa Arab dan ilmu Fiqh.. Ana sedang dalam proses belajar,ustaz.. Mohon kita dapat bersama dalam projek jangka masa panjang ini..

    Mohon maaf atas segala kekurangan dalam usaha menyampaikan idea dan saranan, ustaz.

    Wallahu Alam.

    Saudaramu,
    ALIFF BASRI

    • Allahu Akbar!

      Jazakallah atas perkongsian yang cukup bernilai. Alhamdulillah, Allah pertemukan ana dengan seorang sahabat yang tekun mendalami ilmu untuk kesejahteraan umat.

      Akhi Basri,

      Ana terpaksa menghentikan blog ini untuk memberikan laluan kepada website baru ana yang ana luaskan perbincangannya mengenai wealth, economy dan ruang lingkup yang lebih terbuka termasuk perbankan dan kewangan.

      InsyaAllah, enta teruslah menulis moga ia dapat dikongsikan bersama nanti.

      Segala saranan yang enta tuliskan di atas ana akan berikan perhatian yang cukup mendalam.

      Akhukum fil Islam,

      Mior Isfandy Mior Azizan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s