Niche Focus & Target

Setakat pembacaan saya sehingga hari ini, saya memahami tiga jenis pelaburan yang paling dominan dikalangan kenalan dan penerbitan bahan bacaan. Ketiga-tiga ini mempunyai eksplorasi yang luas untuk diceburi. 

Pertama, pelaburan dalam saham-saham syarikat yang didagangkan menerusi pasaran modal khususnya di Bursa Malaysia. Selain itu, pelaburan dalam dana-dana khas seperti unit trust (konvensional dan Islamik), ASB, ASN dan tidak terkecuali Tabung Haji juga adalah antara pilihan popular pelabur.

Kedua, pelaburan individu (high cash-earned) terhadap perniagaan-perniagaan berskala kecil atau besar yang secara langsung dimiliki olehnya atau individu lain. Biasanya ia disebut sebagai pemilikan ekuiti.    

Ketiga, pembelian aset tetap seperti rumah dan tanah kemudian disewakan kepada pihak lain untuk mendapatkan kecairan mudah khususnya secara bulanan. Ini juga dianggap sebagai pelaburan oleh sesetengah kenalan saya. 

Berdasarkan kepada pemahaman dan pengetahuan saya mengenai maksud pelaburan, saya lebih menggemari untuk memilih jenis pelaburan pertama dan kedua.  

Daripada kedua-dua pilihan tersebut, kapasiti saya pada hari ini lebih cenderung untuk menceburi dan melabur dalam jenis pelaburan yang pertama.

Alhamdulillah, semalam saya ‘dipertemukan’ dengan seorang tokoh dunia perancangan kewangan yang hebat iaitu Tuan Ahmad Sanusi Hussain melalui laman blognya. Saya memberanikan diri untuk menghantar email kepadanya dan meminta beberapa nasihat mengenai pelaburan khususnya pelaburan Islam.

Alhamdulillah, jalan saya dipermudahkan olehNya. InsyaAllah, saya akan memanfaatkan peluang ini sebaiknya!

This entry was posted in Investment Activity, Investment Dream, Investment Portfolio, Investor. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s