Book Discussion – Secrets of Intelligent Investing

Harta pertama yang saya miliki dalam dunia pelaburan adalah buku ini. Saya beli pada 30 September 2008. Sampai sekarang masih belum habis membacanya sebab sebelum ini tak berapa minat dalam pelaburan. Hari ini saya membuka dan ingin memahaminya semula.

Mengapa saya beli buku ini?

Saya tertarik dengan ayat yang diletakkan di muka depan buku ini.

Do not make another investment decision before you have finished reading this book

Penulis buku ini ialah Ken Lo dan Yu Foong Sin. Maklumat mengenai kedua-dua penulis tersebut boleh dibaca disini.

Apa isi-isi yang menarik perhatian saya untuk membaca buku ini?

  1. Ia menghuraikan 9 kesilapan dalam pelaburan (9 pitfalls in ivestment) yang antaranya membeli instrumen-instrumen pelaburan yang kita tidak fahami, mendengar nasihat pelaburan yang salah, dan tiada pelan pelaburan yang betul.
  2. Terdapat 8 sifat pelabur yang dihuraikan oleh mereka dalam buku ini. Kebanyakan sifat tersebut dianologikan dari ciri-ciri positif haiwan antaranya lion investors, ostrich investors dan kancil investors.
  3. Bab yang seterusnya membincangkan secara terperinci mengenai topik yang cukup subjektif dalam dunia pelaburan iaitu RISK. Mereka juga memberikan beberapa contoh risiko yang terdapat dalam saham, unit amanah, hartanah dan bon.
  4. Bagi pelabur novis macam saya, mereka menyarankan supaya melabur dalam perniagaan berskala kecil. Sekurang-kurangnya terdapat lima soalan asas yang perlu dihadam sebelum menceburi bidang perniagaan
  5. Bab terakhir dalam buku ini adalah gambaran secara umum dan inklusif mengenai perancangan kewangan terutamanya penghuraian mengenai 6 kunci utama. Malah, terdapat satu latihan yang praktikal untuk menjadi perancang kewangan.

Kebijaksaan itu adalah barang tercicir bagi orang Mukmin, kutiplah ia dimana sahaja kita menjumpainya.

  

This entry was posted in Investment Knowledge. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s