10 Soalan Asas Sebelum Melabur

Sepertimana yang telah kita ketahui maksud pelaburan dan mudharabah setakat ini, maka kita menyedari bahawa pelaburan adalah komitmen jangka panjang. Ia perlukan kesungguhan, kesabaran dan ketahanan yang tinggi disamping ilmu yang cukup.

(Bagaimana pula jika ada orang kata pelaburan di pasaran saham hanya mengambil masa yang pendek untuk membuat keuntungan? Itu saya tidak boleh komen lagi

Oleh itu, terdapat beberapa persoalan ringkas untuk kita tanya diri sendiri sebelum mula melabur. Antaranya;

  1. Apakah matlamat pelaburan kita? Ia penting kerana adakah pelaburan tersebut boleh memenuhi matlamat kita dalam tempoh waktu yang disasarkan. Contohnya, saya sasarkan pada tahun 2019, saya ingin mempunyai dana hasil pelaburan sebanyak RM 50,000.
  2. Sebagai Muslim, adakah portolio pelaburan tersebut selaras dengan kehendak Syari’ah?
  3. Adakah kita memahami dengan mendalam portfolio/produk pelaburan tersebut?
  4. Berapakah jumlah modal atau komitmen yang perlu diperuntukkan untuk pelaburan tersebut termasuk jangka masa pelaburan?
  5. Apakah risiko pelaburan tersebut?
  6. Bagaimana sikap kita untuk berdepan dengan risiko? Berani menanggung risiko yang tinggi atau sebaliknya?
  7. Apakah kadar keuntungan yang telah ditetapkan dalam pelaburan tersebut? Ingat, ia bukan jaminan tapi ratio sahaja.
  8. Adakah kita telah membuat perbandingan dengan produk-produk pelaburan yang lain?
  9. Adakah kita mempunyai fleksibiliti untuk mendapatkan kecairan daripada produk pelaburan sekiranya kita berada dalam keadaan sangat memerlukan wang?
  10. Apakah mekanisme pemantauan yang ada untuk melihat prestasi pelaburan supaya ia selaras dengan kehendak kita?

Soalan-soalan asas tersebut dapat membantu kita sebelum membuat pelaburan. Apa yang penting adalah mula bertindak, mula melabur! Kita akan belajar daripada tempuhan pengalaman.

Saya yakin pada rezeki Allah. Jika niat kita betul, menggunakan modal dan instrumen patuh Syari’ah, dan menjaga hak-hak Allah, insyaAllah rezeki itu milik kita!

This entry was posted in Investor. Bookmark the permalink.

One Response to 10 Soalan Asas Sebelum Melabur

  1. Pingback: 10 Soalan Asas Sebelum Melabur - Portal Finance, Investment & Business

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s