Dari RM100 Ke RM50,000

Setelah membuat pertimbangan dan unjuran sewajarnya. Matlamat saya sudah jelas!

Saya akan mula memperuntukkan RM 100 sahaja bermula pada 1 Disember 2010 untuk saya gunakan dalam bidang pelaburan.

Bagi mencapai fasa pertama dalam pelaburan ini, saya meletakkan matlamat untuk mencapai dana sebanyak RM50,000 pada bulan Disember 2019 nanti. 

Asas untuk berjaya adalah bermula. Saya yakin dengan permulaan ini dan saya optimis dengan matlamat yang saya gariskan. Saya percaya bahawa niat serta usaha yang diiringi dengan ikhlas dan kesungguhan akan diberikan ganjaran oleh Allah. 

Jika blog Wisdom Investment ini masih bernyawa, saya akan catatkan pengalaman pelaburan saya menuju RM50,000 disini. 

InsyaAllah dan doakan saya

This entry was posted in Investment Activity, Investment Dream and tagged , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Dari RM100 Ke RM50,000

  1. shahidat says:

    RM100 tu ustaz melabur dalam portfolio mana? Saya akan menjadi pembaca setia yg membaca perjalanan pelaburan ustaz menjadi RM50,000.Insyaallah

    • Ana belum buat keputusan lagi. Nilai yang kecil perlu kepada impak yang besar. Sukar untuk membuat keputusan. InsyaAllah, niat yang betul dan aktiviti yang patuh Syari’ah akan ada rezeki daripada Allah. Tawakkallah kepada Maha Pemberi Rezeki!

      Terima kasih sudi menjadi pembaca Wisdom Investment. Moga berkongsi dan beroleh manfaat!

  2. ariffin says:

    RM100? agak2 ustaz kt mana kite boleh laburkn? ASB ke Tabung Haji ker?

    Harap ustaz boleh kongsi bersama…

    • Assalamu’alaikum Saudara Ariffin,

      Saya tiada pengalaman melabur. Saya baru hendak bermula Disember ini. Cuma saya boleh cadangkan begini,

      Pertama, jika kita mempunyai duit RM100 dan masih betul2 baru dalam bidang pelaburan, saya sarankan beli bahan-bahan bacaan dengan duit RM100 bagi bulan pertama tersebut. Tak rugi jika kita menambah ilmu terlebih dahulu sebelum melabur kerana pelaburan memerlukan ilmu dan skil yang begitu tinggi.

      Kedua, jika diberi pilihan antara dua tempat tersebut, saya memilih ASB dengan mengambil hukumnya sebagai harus atau mana-mana dana pelaburan yang sesuai dengan kehendak pulangan saya. Boleh rujuk ulasan ASB dalam web Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (zaharuddin,net)

      Saya tidak memilih Tabung Haji kerana saya lebih suka kalau niat untuk saya menabung duit Tabung Haji tersebut tidak diganggu dengan niat saya untuk meraih pulangan pelaburan. Saya risau jika niat saya meletakkan duit dalam Tabung Haji bercampur dengan niat mendapatkan pulangan pelaburan. Biarlah duit simpanan Tabung Haji adalah hanya untuk memudahkan saya menunaikan haji pada tempoh waktu yang saya telah azamkan. Jika ada dividen dalam Tabung Haji, saya terima dan ia telah membantu mencukupkan wang saya ke Tabung Haji.

      Wallahu ‘alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s