Nak Jadi Kaya, Ingatlah Satu Perkara…

Sewaktu saya berfikir untuk menceburi bidang pelaburan, saya sentiasa fikir apakah sebab utama untuk melabur? Apakah yang mendorong saya memperuntukkan masa, tenaga dan fikiran untuk melabur? Itu soalan asas yang tak mungkin saya nafikan.

Disebabkan itu, saya tekankan persoalan niat dan matlamat dalam pelaburan. Pelaburan adalah proses pembinaan harta. Pelaburan adalah perkara yang berkaitan dengan duit ringgit. Sudah tentu sebagai seorang Muslim, kita harus ingat antara soalan yang ditanya oleh Allah di akhirat nanti adalah sumber harta yang diperolehi dan bagaimana ia dihabiskannya.

Saya tidak menolak, sebab utama saya ingin melabur dan menjadi PELABUR BIJAK adalah kerana ingin memiliki kewangan yang kukuh. Hidup di luar daripada garis kemiskinan, bebas daripada situasi cukup makan dan elakkan makan gaji.

Iye, saya ingin jaya orang kaya!

Tapi, SATU yang mesti saya dan teman-teman kena ingat iaitu kehidupan selepas mati. Bagaimana hubungan kekayaan yang saya ingini dengan kehidupan di akhirat? Saya catatkan beberapa peringatan agar saya dan teman-teman tidak lupa dan abaikan perintah daripada Yang Maha Kaya.  

Jangan lalai daripada mengingati Allah kerana mengejar harta

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun, ayat ke-9 yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka itulah orang-orang yang rugi”

Apabila harta yang kita ada melalaikan kita daripada Yang Maha Kaya dan Maha Pemberi Rezeki, maka kita mengkhianati pemberian ini. Seorang tabi’in bernama Said bin Jubair pernah berkata,

“Harta yang menipu adalah apa-apa yang melalaikan kamu daripada mencari akhirat…”

Harta Dunia Untuk Kesenangan Akhirat

Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan wajah berseri-seri umpama bulan purnama”

Harta merupakan hak milik mutlak daripada Allah. Mencari harta adalah dengan berusaha dan bekerja untuk mendapatkannya. Oleh itu, pasanglah niat yang betul, agihkan harta tersebut dengan sebaik-baiknya kerana itu adalah amanah Allah.

Pokoknya, tidak salah untuk berusaha mencari harta, tapi ingatlah akan batasan yang digariskan oleh Allah dan RasulNya. Harta dan kekayaan yang kita miliki mempunyai hak orang lain. Kekayaan dibersihkan dengan sedekah dan zakat. Kekayaan menjana ekonomi masyarakat dan negara. Kekayaan menjadikan umat Islam itu kuat.

Dalam definisi ekonomi yang ditakrifkan oleh sebilangan sarjana Barat, mereka mendakwa bahawa ia adalah sains yang mengkaji hubungan mengenai pengurusan limited resources untuk memenuhi unlimited wants manusia.

Sebaliknya dalam sudut pandang Islam, ekonomi adalah sains yang menguruskan unlimited resources bagi memenuhi limited wants manusia. Sungguh, nikmat alam yang dijadikan oleh Allah SWT terlalu luas dan tidak dapat dijangkau oleh manusia. Kehendak manusia pula terbatas, iaitu terdapat yang halal dan haram.

InsyaAllah, berazamlah untuk menjadi ORANG KAYA BERTAQWA!

This entry was posted in Investment Dream and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s