“Kau Melabur Untuk Apa?”

Hadith Rasulullah SAW bersabda (maksudnya),

Sesungguhnya amal itu bermula dengan niat…

Biasa tak kita mendengar frasa ayat ini?

Begin with the end in mind

Dalam satu kaedah fiqh yang selalu orang sebut ialah (maksud);

Perbuatan-perbuatan disertai dengan maksud atau tujuannya

Anda membuat simpanan untuk hari tua. Adik saya simpan duit dalam tabung untuk beli I-Pod. Ayah dan emak saya menyimpan di Tabung Haji untuk menunaikan haji selepas pencen nanti. Abang saya beli rumah untuk disewakan kepada orang lain. Saya menulis blog Wisdom Investment ini untuk berkongsi idea, ilmu dan menjadi panduan yang kukuh untuk saya menceburi bidang pelaburan.

Anda juga pun begitu kan? Membuat sesuatu dengan niat yang betul. Niat yang baik akan mendapat balasan yang baik.

Apa yang membuatkan saya dan anda melabur?

  1. Menunaikan haji atau umrah.
  2. Membeli kereta baru
  3. Memiliki rumah baru di Bangi atau sekitar KL
  4. Bercuti bersama keluarga tersayang
  5. Menjana pendapatan bulanan tanpa perlu bersusah payah bekerja 8 jam sehari
  6. Memiliki wang simpanan yang kukuh selepas bersara daripada dunia pekerjaan (makan gaji)

Niat anda, anda tentukan sendiri. Pastikan ia bermanfaat dan baik.

Sebelum memilih apa jua instrumen pelaburan atau dengan kata mudah memperuntukan duit kita untuk komitmen pelaburan, pastikan anda mempunyai niat dan matlamat yang spesifik, boleh dinilai, misi yang tidak terlalu mustahil dan mempunyai tempoh masa yang sesuai.

Sudah ada niat yang jelas, mulakanlah melabur dengan lafaz Bismillah…

This entry was posted in Investment Dream. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s