Allocated almost one hour to get familiar and socialize with the new members in Bicara Jutawan portal. Very interesting!
Mereka yang menyertai Bicara Jutawan saya dapati mereka adalah golongan usahawan, ahli perniagaan IKS dan majoritinya orang muda. Perbincangan dan soalan-soalan yang dikemukakan berkisar mengenai perancangan perniagaan, nasihat berdasarkan pengalaman berniaga dan ada juga mereka yang memang ingin mencari input-input mengenai perniagaan. Sangat informatif dan interaktif. Network atau jaringan kenalan adalah penting dalam berniaga. Malah, saya percaya kekuatan ekonomi sesuatu bangsa itu kukuh disebabkan mereka lebih sensitif untuk berniaga dalam gelanggang bangsa mereka sendiri.
Contohnya, pembuat mee kuning adalah Si A daripada bangsa A. Si B yang berbangsa A sebagai pemborong dan pengedar membeli mee kuning daripada Si A. Si B pula mencari penjual daripada bangsa A yang berniaga di pasar. Si B berjaya mendapat Si C daripada bangsa A. Kemudian, Si C menjadi pembekal setia kepada Si D yang merupakan usahawan restoran berbangsa A. (Supply chain ini sentiasa berulang-ulang). Akhirnya yang untung adalah mereka yang berbangsa A.
Tidak mustahil mereka boleh menjadi kaya kerana kekal dalam jaringan perniagaan ini.
Saya berpendapat, network bukan hanya penting kepada golongan peniaga tetapi juga penting untuk pelabur. Untuk mengetahui sejauhmana kepentingannya, mari sertai saya untuk menjadi ahli dalam portal ini.
Saya akan cuba buktikan portal ini mampu membantu saya untuk mencapai impian saya menjadi PELABUR BIJAK!