Pelaburan dan Perkongsian, Akad Yang Sangat Digalakkan

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Jumu’ah ayat ke-10 yang bermaksud,

Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah mudahan kamu beroleh kemenangan.

Dalam Islam, harta (sesuatu yang dimiliki) adalah wasilah bukan matlamat akhir. Ia adalah wasilah untuk menikmati keselesaan dan meningkatkan kualiti hidup penuh taqwa yang selaras dalam menggapai redha Allah SWT.

Harta juga diuji oleh Maha Pemberi Nikmat. Firman Allah SWT yang bermaksud,

Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu adalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah pahala yang amat besar (Al-Munafiquun : 9).

Justeru, Allah menyarankan kita agar menjadi orang yang bersyukur. Jangan jadi seperti Fir’aun dan Qarun.

Umat Islam mestilah bekerja mencari rezeki. Berusaha untuk memperoleh harta dengan cara yang halal dan bebas daripada unsur-unsur yang haram. Mencari harta adalah ibadah. Kita diwajibkan juga untuk mengembangkan harta disamping untuk membantu dan memberi manfaat kepada orang lain. Haram kita menzalimi, menindas, menipu dan makan harta orang lain.

Dalam prinsip perniagaan dalam Islam, kita disaran untuk menjalankan perniagaan secara partnership iaitu bekerjasama. Ia menunjukkan bahawa keuntungan yang diperolehi turut sama dikongsi dan dirasai oleh orang lain. Sementara itu, kerugian pula dapat ditangani secara bersama agar beban tidak ditanggung seorang diri.

Oleh yang demikian, dalam akad jual beli dalam Islam, akad mudharabah (profit sharing) dan musyarakah (profit and loss sharing) adalah akad yang sangat digalakkan bagi memenuhi maksud tersebut. Ia sinonim dengan definisi pelaburan pada hari ini.  

Baginda Rasulullah SAW pernah menjadi pengusaha atau peniaga bagi barangan modal milik Khadijah RA. Malah, baginda SAW pernah menyediakan sebidang tanah kepada orang Yahudi untuk mengerjakannya disebabkan mereka mempunyai kepakaran dalam membangunkan tanah. Hasil daripada perusahaan tersebut, Rasulullah SAW berkongsi bersama Yahudi dengan kadar yang telah dipersetujui.

This entry was posted in Investment Knowledge and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s