Kalau Melabur Jangan Sampai Rugi – Pakdi

“Di mana saya patut melabur?”

“Ok kah saya melabur di sini?”

“Adakah saya membuat keputusan pelaburan yang betul?”

Barangkali itu adalah persoalan-persoalan yang sering keluar dalam pemikiran kita semua apabila kita melabur, apatah lagi kalau kita baru hendak memulakan pelaburan.

Pertama, kita kena faham prinsip asas pelaburan yang paling penting iaitu jangan rugi. Pelabur yang bijak adalah pelabur yang tahu bagaimana untuk memastikan modalnya kekal. Maksudnya, kalau pelabur itu memulakan pelaburannya sebanyak RM 100, dia mesti cuba sedaya upaya agar nilai RM 100 itu kekal.

Betul, pelaburan juga datang dengan kos. Komisyen broker, ejen, guaman, spread, cukai dan sebagainya. Ini juga mesti diambil kira oleh kita semua. Maka, sekiranya sejurus selepas kita beli sesuatu produk pelaburan dan kita dapati kita tidak boleh terus menjualnya kembali paling kurang dengan harga kos, itu bermaksud kita dalam posisi rugi. Pelaburan kita telah rugi.

Justeru, kita perlu merangka plan pelaburan yang tepat untuk memastikan kerugian awal sebegitu dapat dikurangkan ke jumlah yang paling minima.

Di Malaysia, ada 2 penanda aras yang sangat sesuai untuk kita semua. Penanda aras yang dimaksudkan adalah:

  1. Kadar pulangan fixed deposit (FD) / mudharabah di bank-bank yang ketika ini dalam sekitar 3-4% setahun
  2. Kadar pulangan Tabung Haji / ASB yang ketika ini dalam sekitar 5-7%.

Sudah tentu untuk individu yang mempunyai net-worth yang tinggi dan juga institusi pelaburan adalah dengan merujuk kadar pulangan bon / sukuk yang bertaraf AAA.

Instrumen kewangan yang disebut ini adalah instrumen kewangan yang mempunyai risiko yang rendah (secara umumnya). Justeru, modal pelaburan kita selalunya kekal dan kerugian tidak berlaku dengan mudah.

Jadi sekiranya kita mahu memulakan pelaburan di tempat lain kita perlu pastikan adakah kita boleh dapat lebih dari pulangan 3% di FD / mudharabah atau lebih dari 5-7% di Tabung Haji / ASB.

Ingat, RM 100 yang kita letak di FD / mudharabah membolehkan kita mendapat RM 3 dan menjadikan nilai pelaburan kita menjadi RM 103.

Kalau kita melabur RM 100 dan setahun kemudian nilainya menjadi RM 94 misalnya, itu bermakna kita sedang kerugian dan kita perlu menilai balik pelan pelaburan kita.

Harus kita ingat, sekiranya kita tidak berjaya mendapat pulangan melebihi dua penanda aras ini secara konsisten, maka kita perlu melihat kembali pelan pelaburan kita. Adakah kita telah melabur dengan pengetahuan dan kemahiran yang betul?

Adalah lebih baik kita meletakkan sahaja duit kita dalam FD / Mudharabah, Tabung Haji / ASB kalau pelaburan kita di tempat lain sentiasa rugi.

Ingat, prinsip utama ini sentiasa, jangan rugi.

p/s – Suzardi bin Maulan a.k.a Pakdi adalah graduan UIAM dalam bidang Undang-Undang. Beliau telah menghasilkan sebuah buku perancangan kewangan peribadi iaitu “Rancang Wang Dari Sekarang” terbitan PTS. Untuk mengetahui lebih banyak penulisan-penulisan beliau mengenai kewangan, sila layari Pakdi.net

This entry was posted in Investment Dream and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s