Apakah Maksud Pelaburan, Mudharabah dan Musyarakah (Bahagian2)

MUDHARABAH

Mudharabah adalah Musafir berdasarkan kepada maksud bahasa Arab. Ia merujuk kepada orang yang berjalan (musafir) untuk menjalankan urusan perniagaan. Mudharabah juga diambil daripada asas perkataan darb iaitu usaha di atas bumi. Dalam satu maksud yang lain, ia juga disebut sebagai Qiradh atau Muqaradhah yang bermaksud menyerahkan atau memperuntukkan sebahagian harta untuk diberi kepada pengusaha untuk diniagakan.

Menurut para alim ulama’, saya mengambil beberapa pandangan mereka.

1.   Mazhab Syafi’ie

 Satu akad yang mengandungi didalamnya pemodal mewakilkan kepada pengusaha supaya diniagakan modalnya dengan dibahagikan keuntungan antara mereka berdua.

 

2.   Ibnu Rusyd (Bidayatul Mujtahid)

Seseorang memberi seorang yang lain satu jumlah modal untuk diusahakan dengannya, lalu disepakati oleh kedua-duanya satu juzuk (bahagian) tertentu daripada keuntungan samada 1/3, ¼ atau ½ daripada keuntungan

3.   Dr. Muhammad Rawwas al-Qal’ahji

Satu kontrak ke atas syarikat untuk mendapatkan keuntungan dimana modal daripada satu pihak, manakala kerja daripada satu pihak yang lain.

Dari mana asasnya mudharabah?

Bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Al-Abbas bin Abd Mutallib memberikan modal secara mudharabah kepada pengusaha modal dan seringkali menasihati pengusaha agar tidak mengambil jalan laut, tidak mengharungi lembah dan tidak membeli barang yang bernyawa. Jika pengusaha mengingkari larangan tersebut, maka dia dikehendaki untuk membayar ganti rugi. Lalu, perkara tersebut dibawa kepada Rasulullah SAW dan baginda mempersetujuinya.

Selain itu, terdapat juga ‘alim menyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri menjalankan urusniaga skim al-Mudharabah terhadap harta kepunyaan Khadijah RA.

Ulama’ mengharuskan urusniaga tersebut memandangkan para sahabat Rasulullah SAW turut melakukan kontrak yang sama seperti Umar, Uthman, Ali, Ibnu Mas’ud, Ibnu Umar dan ‘Aisyah RA. Ternyata, urusniaga tersebut mempunyai maslahah kepada manusia selagimana ia mematuhi rukun dalam akad mudharabah ini dan tidak melakukan perkara-perkara yang dicegah oleh agama seperti berurusniaga secara riba’, jual beli arak dan mempunyai elemen judi.

Maka, daripada definisi tersebut, ulama’ menjadikannya sebagai satu rukun dalam mudharabah iaitu;

  1. Pemilik Modal (Rabbul Maal atau Mudharab)
  2. Pengusaha Modal (Mudharib)
  3. Modal (Ra’sul Maal)
  4. Kadar untung dan rugi diketahui oleh kedua-dua pihak. Untung tidak boleh dijamin oleh pengusaha. Manakala kerugian ditanggung oleh pemilik modal melainkan jika berlaku kecuaian, ia akan ditanggung oleh pengusaha.
  5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)

 

Sumber :

  1. Abdul Halim El-Muhammady, Undang-Undang Muamalat & Aplikasinya Kepada Produk-Produk Perbankan Islam
  2. Dr. Muhammad Rawwas Qal’ahji, Urusan Kewangan Semasa Menurut Perspektif Syari’ah Islam
  3. Zaharuddin Abd Rahman, Panduan Perbankan Islam – Kontrak & Produk Asas
About these ads
This entry was posted in Investment Knowledge and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Apakah Maksud Pelaburan, Mudharabah dan Musyarakah (Bahagian2)

  1. Pingback: Apakah Maksud Pelaburan, Mudharabah dan Musyarakah (Bahagian 2) - Portal Finance, Investment & Business

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s