Apakah Maksud Pelaburan, Mudharabah dan Musyarakah (Bahagian 1)

PELABURAN

Apakah PELABURAN pada pandangan orang biasa-biasa macam saya?

Adakah PELABURAN sama seperti simpanan dan perlindungan?

Bagaimana PELABURAN boleh membina harta dan keuntungan?

Mengapakah PELABURAN sebahagian daripada elemen pengurusan kewangan?

Siapakah PELABUR? Siapakah PENGUSAHA?

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, pelaburan adalah;

Komitmen dana kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh pada masa hadapan, dengan harapan aset tersebut akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi.

Lazimnya pelaburan terdapat dalam dua bentuk iaitu Pelaburan Fizikal yang meliputi hartanah, kilang dan lain-lain bentuk fizikal yang ketara manakala yang kedua adalah Pelaburan Kewangan merangkumi sekuriti seperti saham, bon, waran dan bentuk-bentuk kewangan yang tidak ketara.

Satu artikel lain yang saya perolehi daripada laman web Banking Info, ia menyatakan bahawa pelaburan berbeza dengan simpanan.

In savings,you will generally get back your savings, plus some interest. However, in an investment, you may or may not get back the sum invested or you may get much more than the initial amount invested.

Sebentar tadi saya mendapat satu definisi pelaburan yang telah diungkapkan oleh seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia pelaburan. Beliau menulis,

Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin. - PemikirKaya.com

Daripada definisi yang diberikan diatas, kita dapat fahami bahawa pelaburan itu berkaitan dengan pemilik modal yang membelanjakan wangnya dalam satu tempat atau pengusaha modal bagi satu tempoh masa. Kemudian ia memperolehi hasil daripada usaha yang dilakukan oleh pengusaha itu (janaan keuntungan) yang biasanya kita sebut sebagai dividen.

Contohnya, membeli saham syarikat ABC di Bursa Malaysia. Syarikat ABC mendapat modal daripada kita kemudian menjalankan perusahaannya. Hasil tahunan yang diperolehinya, ia akan diagihkan kepada pemilik-pemilik modal iaitu dalam bentuk dividen yang telah ditentukan kadarnya. Terdapat juga pemilik modal pada hari ini yang membuat short selling dan pelbagai jenis urusniaga di Bursa Malaysia. Tapi, saya tidak berniat untuk membincangkannya sekarang.

Satu aspek yang lain, pemilik modal membeli satu aset atau harta dan ia akan beroleh keuntungan selepas tempoh masa tertentu. Aset yang dibeli itu dijadikan barang sewaan, barang pajakan atau barang jualan semula. Hasil daripada semua aktiviti tersebut Ia dianggap sebagai satu unsur pelaburan.

 

This entry was posted in Investment Knowledge and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s